KLANG – Sebanyak 12 mayat yang meninggal akibat Covid-19 dibawa keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) di sini untuk proses pengebumian.
Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, segala urusan pengebumian itu diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).
Katanya, mayat-mayat tersebut kesemua telah diketahui keputusannya iaitu positif Covid-19.
“Setakat ini, 12 mayat diurus oleh JAIS,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan keseluruhan mayat yang masih tinggal di HTAR.
Zulkarnain turut menegaskan, pihaknya akan menerima dua lagi tambahan kontena peti sejuk untuk langkah siap sedia.
Sebelum ini, HTAR telah mempunyai tiga kontena dengan dua daripada hasil pemberian kerajaan daripada lapan kontena yang diagihkan di seluruh negeri ini.
Manakala satu lagi adalah sumbangan yang diterima sebelum ini. – K! ONLINE.