PUTRAJAYA – Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dibentangkan di Parlimen pada 26 Julai depan,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat turut bersetuju supaya Jawatankuasa Khas Kabinet PPN digantikan dengan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan PPN berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19 secara holistik.
“Berteraskan pendekatan whole of nation, MPN akan melantik wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman dan nasihat di dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar dari pandemik ini secara sistematik dan selamat,” katanya. -K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929