PARIS – Bintang tenis No.1 dunia, Novak Djokovic sudah bersedia untuk mengegarkan Tokyo apabila mendedahkan bahawa dia akan menyertai temasya Sukan Olimpik 2020 Jepun untuk memburu pingat emas.
Djokovic melakar sejarah tersendiri pada musim ini apabila melakar rekod meraih gelaran ke-20 Grand Slam selepas menjulang kemenangan di Wimbledon.
“Saya menempah tiket ke Tokyo dan akan menyertai #TeamSerbia untuk ke temasya Sukan Olimpik 2020 di Jepun nanti.
“Dengan perasaan bangga saya bersiap untuk ke Tokyo dan menyertai pasukan
kebangsaan bagi merebut pingat paling bersinar di arena Sukan Olimpik.
“Bagi saya bermain untuk pasukan kebangsaaan Serbia sentiasa istimewa dan memberi motivasi malah saya akan cuba membuatkan kami semua gembira,” katanya.
Pemain berusia 34 tahun itu akan turun dengan motivasi terbaik selepas sudah memenangi tiga gelaran utama di Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini.
Dia memerlukan emas Olimpik dan kemudian gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi pemain lelaki pertama memenangi gelaran Grand Slam Emas.
Pencapaian berkenaan hanya pernah dilakukan oleh pemain wanita, Steffi Graff yang memenangi semua empat gelaran utama serta pingat emas olimpik pada 1988.
Peluang Djokovic untuk meraih emas di Tokyo lebih cerah selepas pencabar utamanya, Roger Federer dan Rafael Nadal tidak beraksi . – AGENSI