fbpx

2.6 juta baki orang dewasa di KL, Selangor terima suntikan menjelang Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Lebih 2.6 juta individu dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor akan menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin Covid-19 menjelang 1 Ogos depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, agihan vaksin itu akan dilaksanakan menerusi program dikenali sebagai Operasi Lonjakan Kapasiti.

Beliau berkata, sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam mencapai persetujuan terhadap operasi berkenaan malah ia diperincikan di peringkat CITF, hari ini.

“Operasi Lonjakan Kapasiti ini adalah satu inisiatif bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 di Lembah Klang ketika ini.

“Berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), seramai 6.1 juta individu berusia 18 tahun direkodkan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Malah, sehingga semalam, seramai 3.5 juta daripada mereka sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan baki 2.6 juta lagi belum menerima suntikan,” katanya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI