fbpx

Ashton Kutcher patuhi nasihat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashton Kutcher (kanan) bersama isterinya dalam satu acara anjuran syarikat Disney pada 2018. -Getty

LOS ANGELES, California – Pelakon Hollywood, Ashton Kutcher mendedahkan dia telah membeli tiket untuk pengembaraan ke angkasa lepas bersama roket Virgin Galactic namun telah menjualnya semula, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kutcher, 43, yang berkahwin dengan pelakon popular Mila Kunis berkata, isterinya memujuknya untuk menjual tiket tersebut kerana menganggap tindakan Kutcher bukan sesuatu yang bijak.

“Isteri saya menganggap apabila kami mempunyai keluarga dan anak kecil, pengembaraan ke angkasa bukanlah satu keputusan yang bijak.

“Jadi, saya menjual semula tiket itu. Saya sepatutnya menaiki penerbangan Virgin Galactic yang seterusnya ke angkasa lepas,” jelas Kutcher dalam satu temubual bersama rangkaian televisyen Cheddar News.

Kenyataan Kutcher itu muncul beberapa hari selepas pengasas Virgin Galactic, Sir Richard Branson menaiki roket pertama syarikat itu ke angkasa lepas. 

Branson minggu lalu bersama lima pekerjanya menaiki kapal angkasa bernama VSS Unity dalam penerbangan selama satu jam sebelum kembali semula ke Bumi. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI