fbpx

Program PTPTN Prihatin bantu 3,750 keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan (tiga dari kanan) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang asnaf di Bukit Kayu Hitam, Kedah hari ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM300,000 untuk membantu golongan sasar menerusi program PTPTN Prihatin.

Sebanyak 3,750 keluarga asnaf yang terjejas ekoran penularan Covid-19 bakal mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dana Kita tersebut.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pelaksanaan PKP di seluruh negara menyebabkan ramai menghadapi kesusahan terutama golongan asnaf.

“Sebagai sebuah organisasi yang cakna dan prihatin, PTPTN melalui Skuad PTPTN Prihatin terpanggil untuk memberi sumbangan kepada golongan asnaf.

“Saya berharap sumbangan sedikit sebanyak ini dapat membantu meringankan beban. Sumbangan ini menggunakan wakalah zakat yang memang merupakan hak mereka yang layak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, PTPTN dalam kenyataan sama memaklumkan setiap keluarga akan menerima sumbangan bakul makanan mengandungi barangan keperluan.

Agihan bermula hari ini di Kedah dan Skuad PTPTN Prihatin akan bergerak ke negeri-negeri lain selepas itu.

Pengagihan sumbangan dibuat selaras dengan prosedur operasi standard  ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI