fbpx

259,000 lepasan SPM layak ke IPTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini bertanyakan sesuatu kepada salah seorang penerima vaksin di PPV Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor, hari ini.

BATU PAHAT- Seramai 259,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi kemasukan September ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Husaini Omar berkata, kemasukan bagi sesi akademik 2021/2022 itu melibatkan IPTA di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Setakat ini dalam rekod KPT, seramai 259,000 pelajar lepasan SPM 2020 layak menerima tawaran untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Keputusan permohonan berkenaan boleh di semak bermula hari ini,” katanya ketika sidang akkbar selepas Lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.

Husaini berkata, bagi pelajar yang gagal dalam permohonan berkenaan boleh membuat rayuan selama 10 hari bermula hari ini sehingga 26 Julai depan melalui pautan www.mohe.com.my.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 40 IPTA di seluruh negara sudah menjadi PPV di seluruh negara dengan terbaharu di UTHM bermula kelmarin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI