BALIK PULAU – Tiga lelaki termasuk seorang bergelar Datuk Seri berusia 52 tahun antara tiga yang direman selama empat di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah berjumlah RM304 juta.
Individu lain yang direman adalah anak lelaki Datuk Seri tersebut berusia 26 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu.
Perintah remah selama empat hari sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd. Khalid bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Terdahulu ketiga-tiga suspek ditahan sepasukan polis di sekitar George Town kira-kira pukul 4.40 petang semalam.
Difahamkan tiga lelaki itu adalah kakitangan syarikat yang diamanahkan bagi mengagihkan hibah kepada pelabur sebuah syarikat, namun gagal berbuat demikian.
Mereka dipercayai menggunakan wang itu bagi kegunaan sendiri dan mengagihkan hibah kepada beberapa pelabur sahaja. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929