PETALING JAYA – Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan reman terhadap suspek kes dera melibatkan mangsa seorang remaja orang kelainan upaya (OKU).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, permohonan reman berkenaan telah ditolak bagaimanapun siasatan berhubung kes tersebut akan terus dijalankan.
“Reman ditolak, namun siasatan masih dijalankan dan suspek akan memberikan kerjasama kepada pihak polis,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang penahanan seorang wanita berusia 29 tahun yang hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja OKU. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929