fbpx

Penubuhan RCI Lembaga TH dimuktamadkan secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan).

SEPANG – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH akan dimuktamadkan secepat mungkin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penubuhan RCI itu tidak akan memberi kesan terhadap agihan keuntungan Tabung Haji kepada pendepositnya.

Beliau berkata, penubuhan RCI dipersetujui hasil daripada kehendak sebahagian besar Ahli Parlimen baik pihak kerajaan ataupun pembangkang yang mahu isu-isu TH dilihat secara terperinci serta adil.

“Kita sejujurnya akan memastikan RCI bersifat bebas, telus dan akan pilih mereka yang berwibawa dan berintegriti untuk menganggotainya,” katanya seperti menurut laporan Bernama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI