Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
MELAKA – Seramai 223 petugas barisan hadapan di negeri ini dijangkiti Covid-19 setakat 7 Julai lalu sejak pandemik itu melanda negara pada Mac 2020.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, jumlah itu melibatkan 2.7 peratus daripada keseluruhan 8,280 petugas barisan hadapan.
Kata beliau, langkah berjaga-jaga tetap diambil meskipun tiada kematian melibatkan petugas kesihatan dicatatkan setakat ini.
“Mengikut laporan yang saya terima, semua petugas barisan hadapan sudah selesai divaksin. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua barisan hadapan di Melaka khususnya dalam berjuang melawan Covid-19.
“Saya merasai keperitan dan tugas berat anda. Ketika kes Covid-19 masih tinggi, anda semua terdedah dengan risiko jangkitan dan terpaksa bertungkus-lumus membantu pesakit yang dijangkiti,” katanya semasa menyampaikan Amanat Penjawat Awam Negeri Melaka di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929