fbpx

Remaja lapor polis, tak tahan dirogol bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR PUTEH – Seorang remaja perempuan terpaksa melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandung sendiri apabila dirogol lelaki durjana itu sejak bulan Ramadan tahun ini.

Mangsa yang berusia 16 tahun itu dipercayai dirogol oleh bapanya berusia 51 tahun di rumah keluarga mereka di sini tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, tidak tahan dengan perbuatan keji bapanya itu, remaja berkenaan telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh semalam.

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, polis terus menjalankan tangkapan terhadap suspek yang telah diberhentikan kerja sebagai buruh pada tahun lalu.

“Siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa tinggal di sebuah rumah bersama isteri serta tiga orang anak yang lain.

“Perbuatan keji itu dipercayai berlaku ketika isteri suspek keluar bekerja sebagai pembantu kedai selain mengambil upah mengemas rumah orang manakala adik-beradik yang lain masih tidur,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI