fbpx

Polis Kelantan buru enam suspek kes jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Khairuddin menunjukkan gambar dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh empat tahun lalu di IPK, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Polis Kelantan sedang mengesan enam lelaki yang merupakan suspek kes jenayah termasuk dua individu yang disyaki terlibat dalam kes bunuh bagi membantu siasatan.

Kesemua enam suspek itu terlibat dalam kes jenayah bermula antara 2017 hingga tahun ini di Kota Bharu, Bachok dan Rantau Panjang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, dua suspek yang terlibat kes bunuh itu adalah Saw Kim San, 35, dari Jalan Besar, Tumpat dan Sharat Eh Wang, 35, yant berasal dari Kampung Jubakar Darat, Tumpat.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes bunuh berasingan di Kota Bharu dan Rantau Panjang pada Ogos dan November 2017.

“Kita juga sedang mengesan Ahmad Syazwan Ayub@Pok We, 25, dari Taman Rantau Mas, Rantau Panjang bagi membantu siasatan berkait kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang berlaku pada Julai 2017,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

Menurut Wan Khairuddin, polis turut mencari Mohd. Izani Ibrahim, 39, serta Amirul Wan Hafiza Suddin, 24, dipercayai terlibat kes rompak pada April 2019 dan tahun ini.

Katanya, seorang lagi suspek yang dicari adalah Muhammad Amin Abdullah, 24, beralamat di Kampung Padang Durian Banggu di sini yang dipercayai terlibat dengan satu kes cubaan bunuh pada bulan Mac tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI