fbpx

Aduan transaksi dalam talian naik dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol berucap pada program Kempen #TakNakScam yang dilancarkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 11,511 aduan berhubung transaksi dalam talian sepanjang tahun lalu dengan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, jumlah yang direkodkan meningkat berbanding 5,416 aduan transaksi dalam talian yang diterima pada 2019.

Beliau berkata, sehingga Jun tahun ini, aduan mengenai penipuan dalam talian dan jenayah siber terus menunjukkan trend peningkatan sehingga 45.2 peratus daripada jumlah keseluruhan aduan diterima KPDNHEP.

“Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang pandemik Covid-19 tahun lalu menyaksikan perubahan ketara urus niaga dalam talian apabila pengguna Malaysia beralih kepada transaksi ini dan platform e-dagang yang menyaksikan lonjakan sehingga 32.7 peratus,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen #TakNakScam dengan kerjasama Facebook Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara maya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI