fbpx

Jurutera rugi RM430,000 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang jurutera wanita mengalami kerugian RM430,151 akibat diperdaya sindiket Macau Scam di Taman Lunas, Kulim dekat sini sejak Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 46 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengaku pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri pada pukul 11 pagi, 23 Mei lalu.

“Suspek memaklumkan wanita terbabit mempunyai tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa sebanyak RM1,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, panggilan itu kemudian disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk bercakap dengan seorang lelaki mengaku sebagai Sarjan Shahrizal yang memberitahu mangsa terlibat pelbagai kes jenayah.

Kata Elias, suspek menawarkan tiga jalan penyelesaian kepada mangsa iaitu ditahan reman, akaun bank akan dibekukan atau memberi kerjasama dengan pihak polis.

“Akibat terpedaya, mangsa telah membuat pembayaran bermula 23 Mei hingga 8 Julai dengan memasukkan wang ke tujuh akaun berbeza melalui pindahan dan mesin deposit tunai melibatkan 46 kali transaksi,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI