fbpx

Semua PPV di Kelantan suntik Pfizer bermula Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menggantikan pemberian vaksin jenis Sinovac kepada Pfizer di semua pusat pemberian vaksin (PPV) negeri ini bermula bulan Ogos.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, penggantian bekalan jenis vaksin itu tiada bersangkut paut dengan pengurangan vaksin Sinovac di negeri Kelantan.

Katanya, sebaliknya, penukaran jenis vaksin itu dilakukan selepas keputusan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk memberikan vaksin jenis Pfizer kepada penerima di semua PPV termasuk di negeri ini.

“Penerima suntikan dos pertama bagi vaksin Sinovac tetap akan menerima vaksin jenis sama untuk dos kedua meskipun tarikh janji temu suntikan pada bulan Ogos.

“Selepas ini, penerima vaksin di Kelantan hanya akan menerima vaksin jenis Pfizer sahaja. Keputusan untuk menggantikan vaksin itu sudah dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI