fbpx

Sidang Dewan Rakyat penggal empat bermula 6 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sidang Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 akan diadakan selama 15 hari bermula 6 September ini hingga 30 September depan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, bagi sidang kedua Dewan Rakyat bagi penggal keempat pula akan diadakan selama 32 hari bermula 25 Oktober hingga 16 Disember.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pemakluman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Ketua Majlis.

“Dengan pemakluman ini, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 September (Isnin), kira-kira pukul 10 pagi bertempat di Bangunan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI