PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mendedahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan calon pilihan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri.
Mahathir menegaskan bahawa beliau sebaliknya tidak mempunyai sebarang calon pilihan yang dirasakan berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
“Saya tak nak berikan nama sesiapa pun, tetapi ditekan juga untuk berikan nama. Ada orang fikir oleh kerana saya baik dengan Azmin, maka dialah calon saya.
“Dia bukan calon saya. Cuma saya sebut ini pendapat orang. Iaitu Azmin layak menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika sidang akhbar yang disiarkan secara langsung tadi.
Beliau berkata demikian susulan kenyataannya ketika program wawancara yang dikendalikan oleh pelawak terkenal, Harith Iskander malam tadi.
“Dia nak tiga nama, saya berada dalam keadaan serba salah dan saya terpaksa sebut nama Mukhriz. Tetapi, ini terpulang kepada mereka, mereka harus menempuh perjuangan sendiri.
“Bukan kerana saya bagi nama, itu calon saya. Saya tidak ada calon,” jelasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929