fbpx

Warga emas 60-an boleh ‘walk-in’ suntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hisan

PUTRAJAYA – Penduduk Lembah Klang yang berusia 60 tahun ke atas dan masih belum lagi menerima vaksin Covid-19 kini dibenarkan datang secara ‘walk-in’ atau tanpa janji temu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, lokaliti berkenaan dipilih sebagai perintis sebelum inisiatif tersebut diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.

“Kita ada data yang menunjukkan masih ramai dalam kalangan mereka belum lagi dapat vaksin dan usaha sebegini kemudian akan juga dikembang ke negeri-negeri lain,” katanya dalam sidang akhbar khas yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), warga emas berumur lebih 60 tahun dimasukkan dalam Fasa 2 bermula sejak April lalu dan sepatutnya tamat bulan depan.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menyasarkan dalam fasa ini 9.4 juta orang meliputi warga emas, golongan penyakit berisiko tinggi dan orang kurang upaya (OKU). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI