fbpx

Messi sanggup potong gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI berjaya membantu Argentina menjuarai trofi Copa America Julai lepas dikatakan merupakan calon tunggal yang layak menerima Anugerah Ballon d’Or tahun ini. - AFP

BARCELONA – Peminat setia kelab gergasi La Liga, Barcelona pastinya mampu menarik nafas lega apabila bintang pasukan itu, Lionel Messi sedia untuk menandatangani kontrak baharu selama lima tahun.

Difahamkan, pemain antarabangsa Argentina itu juga bersetuju untuk menerima potongan gaji sehingga 50 peratus demi menabur bakti bersama kelab yang disertai sejak 2003.

Kem skuad The Catalan itu berada dalam keadaan resah sebelum ini apabila Messi yang juga pemenang enam kali Anugerah Ballon d’Or melengah-lengahkan perbincangan sehingga menyebabkan kontraknya bersama Barcelona tamat awal bulan ini.

Bagaimanapun, Messi akhir­nya dilaporkan sedia menerima potongan gaji memandangkan perbelanjaan Barcelona berhubung pembayaran gaji kini melebihi had yang ditetapkan.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara pemain yang menerima gaji termahal di dunia apabila dibayar £468 juta (RM2.7 bilion) dalam tempoh lima tahun terakhir bersamaan £64 juta (RM371.6 juta) setahun.

Justeru, sebaik Messi bersetuju untuk menerima potongan gaji tersebut, Barcelona mungkin akan mengumumkan kontrak baharu buat pemenang Copa Ameri­ca itu sebaik sahaja perjanjian tersebut diperincikan.

Sebelum ini, beberapa kelab gergasi Eropah seperti Manchester City, Paris Saint-Germain (PSG) dan Inter Milan dikatakan sedia menawarkan kontrak buat Messi selepas dia menjadi pemain bebas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI