fbpx

3,990 botol cecair vape ditinggal dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kiri) menunjukkan sebahagian cecair vape yang dirampas pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA, Lubok Stol, Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Taktik penyeludup yang menyembunyikan kotak mengandungi 3,990 botol cecair vape dengan plastik hitam gagal apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya menemui barangan tersebut di kawasan semak berhampiran pangkalan haram Syed Omar di sini semalam.

Rampasan pukul 8 malam itu dilakukan di kawasan semak berhampiran pangkalan haram itu menerusi Op Bersepadu bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, hasil pemeriksaan di lokasi itu telah menjumpai 20 bungkusan kotak berwarna coklat.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas kotak-kotak itu mendapati ia mengandungi cecair vape yang bernilai RM399,000 telah ditinggalkan di lokasi tersebut.

“Selepas menunggu hampir 30 minit, tiada individu yang datang mengambil barangan tersebut. Siasatan awal mendapati kesemua cecair itu cuba diseludup ke negara jiran.

“Berdasarkan siasatan, permintaan dan harga tinggi di negara jiran menyebabkan penyeludup cuba untuk membawa barangan itu masuk secara haram,” katanya pada sidang akhbar Markas Taktikal PGA, Lubok Stol di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI