fbpx

Parkir HTJ bakal jadi hospital hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Tuanku Ja’afar

SEREMBAN – Parkir Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bakal dijadikan sebagai hospital hibrid bagi menempatkan pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, S. Veerapan berkata, permohonan berkenaan telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, pemilihan lokasi berkenaan dibuat berdasarkan rekod jumlah kes tertinggi di negeri ini adalah dari daerah Seremban, selain kelebihan hospital berkenaan yang memiliki kemudahan doktor pakar.

“Kemudahan ICU bagi menempatkan pesakit Covid-19, sudah lebih dari kapasiti yang terdapat di negeri ini. Di HTJ kita ada sediakan 40 katil, di Hospital Tampin 10 katil dan di Hospital Jempol pula 10 katil.

“Kapasiti penggunaan katil ICU sudah penuh. Sebagai langkah segera, parkir di HTJ akan dijadikan sebagai hospital hibrid ICU menempatkan tambahan 10 lagi katil pesakit Covid-19,” katanya, di sini, hari ini.

Veerapan berkata,sehingga semalam sebanyak 62 kluster terdapat di negeri ini dengan 53 kluster adalah merupakan kluster tempatan.

Menurutnya, berlaku peningkatan kes yang ketara di daerah Seremban susulan terdapat ujian calitan secara besar-besaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ini menyebabkan kes di negeri ini meningkat. Bagi PKPD Taman Desaria Nilai pula, kebanyakkannya adalah individu yang bekerja di Selangor dan pulang ke Nilai.

“Bila berlaku kes Covid-19, ia menular di komuniti setempat selain terdapat kilang di kawasan berkenaan,” ujar beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI