fbpx

Amaran ribut petir di empat buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA – Ribut petir berserta hujan dijangka melanda empat negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah yang akan mengalami hujan lebat bermula lewat petang ini hingga lewat malam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), empat negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

“Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di sekitar kawasan pedalaman negeri Pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula dari petang sehingga awal malam nanti.

“Ribut petir lebih tertumpu di sekitar Sabah dan melibatkan hampir semua kawasan di negeri ini terutama di bahagian Barat Sabah hari ini.

“MetMalaysia mengekalkan amaran cuaca waspada bagi kawasan berikut dan orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan keadaan cuaca hujan lebat dan ribut petir yang dijangka berlaku sehingga lewat malam nanti,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube rasmi MetMalaysia. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI