fbpx

Pekerja industri pelancongan pulau peranginan Terengganu mula divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azimi (kanan) menyuntik vaksin Covid-19 kepada salah seorang pemain industri pelancongan di Pulau Kapas, Marang hari ini.

MARANG – Pemain industri pelancongan di pulau peranginan dan Tasik Kenyir di Terengganu yang dianggar berjumlah hampir 10,000 orang mula menerima vaksinasi Covid-19 hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunos berkata, program vaksinasi tersebut bermula dengan Pulau Kapas di sini sebelum ke pulau-pulau peranginan lain iaitu Pulau Redang, Kuala Nerus; Pulau Perhentian, Besut dan Pulau Tenggol, Dungun.

“Program vaksinasi ini turut melibatkan pemain industri pelancongan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

“Kami menyasar melengkapkan vaksinani dalam kalangan golongan tersebut pada bulan Oktober depan iaitu sebelum bermulanya musim tengkujuh,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui ketika menghadiri program Outreach Vaksinasi Pulau Kapas.

Nor Azimi berkata, program vaksinasi pemain industri pelancongan berkenaan melibatkan pengusaha dan pekerja resort dan bot pelancong serta rumah bot.

Jelas beliau, ia bermula dengan 60 orang termasuk 14 warga asing pemain industri pelancongan di Pulau Kapas semalam dan akan diikuti 2,000 orang di Pulau Redang pada minggu depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI