fbpx

Rakyat Terengganu ambil pengajaran, elak perkumpulan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azimi (kanan) beramah-mesra dengan sebahagian pemain industri pelancongan Pulau Kapas pada program Outreach Vaksinasi di Marang hari ini.

MARANG – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyeru rakyat Terengganu mengambil pengajaran dengan mengelak melakukan sebarang aktiviti perhimpunan keluarga pada Hari Raya Aidiladha yang akan disambut minggu depan.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Azimi Yunos berkata, saranan itu bagi mengelakkan kewujudan banyak kluster Covid-19 seperti yang pernah berlaku pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Pasti ada yang akan merentas daerah atau negeri dengan surat kebenaran (pada Hari Raya Aidiladha) dan itu amat merisaukan kita terutama mereka yang datang dari zon merah.

“Sebelum ini, banyak kluster wujud (di Terengganu) akibat aktiviti perkumpulan seperti majlis makan secara senyap-senyap pada Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pada program Outreach Vaksinasi Pulau Kapas di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, JKNT sebolehnya tidak mahu kluster baharu timbul semula akibat kelekaan sama setelah semua pihak berpenat lelah menurunkan kes harian di negeri ini.

Tegas beliau, aktiviti perkumpulan seperti kunjung mengunjung, ziarah kematian dan tahlil telah dikenalpasti menyumbang utama wabak Covid-19 merebak pantas sehingga ke daerah-daerah lain di Terengganu.

“Walaupun ada prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban, semua pihak kena bertanggungjawab mematuhinya,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI