fbpx

Bung Moktar minta tandatangan surat pemindahan wang pelaburan RM150 juta – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizie Ezatte hadir di Mahkamah Sesyen bagi perbicaraan tiga kes rasuah sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan keenam memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Datuk Seri Bung Moktar Radin telah memintanya untuk menandatangani satu surat pemindahan wang pelaburan bernilai RM150 juta yang disalurkan kepada Unit Amanah Public Mutual.

Datuk Abdul Fatah Abdullah, 61, yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad. berkata, Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra pada 2014 itu ada menghubunginya untuk menandatangani surat pelaburan tersebut.

“Saya hanya mengikut arahan Datuk Bung Moktar dan Bahagian Kewangan Felcra untuk saya menandatangani surat itu pada 2014,”katanya.

Abdul Fattah menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria berhubung pengeluaran wang RM150 juta yang dilaburkan dalam Public Mutual dalam kes tiga pertuduhan rasuah melibatkan Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad.

Dalam prosiding itu, hanya Zizie Ezette hadir di mahkamah manakala Bung Moktar diberi pengecualian kerana menghadiri sidang Parlimen.

Saksi itu turut memaklumkan dia mengetahui mengenai pelaburan Public Mutual itu, namun tidak bertanya lanjut kepada Bung Moktar.

Ketika ditanya Noor Hafizan adakah menjadi kesalahan sekiranya Felcra tidak melakukan pelaburan tunai sebanyak RM150 juta seperti yang diputuskan Kementerian Kewangan, saksi itu menjawab tidak.

Terdahulu saksi itu berkata, dia tidak berbuat apa-apa selepas mengetahui RM150 juta diluluskan walaupun hanya RM50 juta yang dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felcra.

Beliau juga memberitahu Bung Moktar tidak mempunyai kuasa penuh, namun bertanggungjawab menjadi penghubung antara Felcra dan agensi-agsensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Bung Moktar, 61, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui Zizie Ezette.

Perbuatan itu sebagai dorongan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Perbicaraan dihadapan Hakim Rozina Ayob bersambung pada 24 Ogos ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN