fbpx

ASP, tiga anggota polis dibebas jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Foto - ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan tiga anggota polis yang sebelum ini direman bagi menbantu siasatan kes rasuah sebanyak RM200,000 dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, ASP yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas itu ditahan reman selama tujuh hari selepas dipercayai menerima rasuah dengan jumlah tersebut daripada pasangan pengedar dadah baru-baru ini.

Sementara itu, tiga anggota polis masing-masing berpangkat Sarjan berusia 39 tahun, Koperal (34 tahun) dan Lans Koperal (28 tahun) yang bertugas di balai sama turut direman selama empat hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan kes tersebut.

Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad mengeluarkan perintah jaminan itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Beliau membenarkan keempat-empat suspek itu dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, seorang pegawai polis berpangkat ASP direman pada Jumaat lalu selepas dipercayai menerima suapan RM200,000 daripada pasangan yang merupakan pengedar dadah.

Selepas penahanan ASP berkenaan, SPRM menahan seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) untuk membantu siasatan kes itu pada Sabtu lalu.

Tiga anggota polis itu pula direman pada Isnin lalu bagi membantu siasatan kes sama. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI