fbpx

Jangan mudah jatuhkan hukum kepada orang lain – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH tak berniat memerli Ifa menerusi perkongsian tentang pengambilan vaksin Sinovac baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Tak perlulah bergaduh sesama sendiri.”

Itu respons aktres cantik Nora Danish selepas mengetahui kisah vaksinasinya tempoh hari dikaitkan dengan isu penolakan vaksin Sinovac oleh Ifa Raziah yang tular baru-baru ini.

Kata pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif, 39, pada awalnya dia keliru dan pelik mengapa ceritanya mengambil vaksin jenis Sinovac pula dijadikan bahan berita oleh banyak pihak.

“Pada awalnya, saya keliru apabila ramai yang jadikannya sebagai bahan berita tentang saya tidak memilih vaksin tetapi rupa-rupanya berkaitan dengan isu kak Ifa Raziah.

“Bagi saya, kak Ifa mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih jenis vaksin malah, dia bukan seperti yang anda fikirkan,” katanya dalam InstaStory semalam.

Dalam pada itu, pelakon drama Bougainvillea itu turut menasihatkan agar orang ramai khususnya netizen tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap mana-mana individu ketika ini.

Malah, dia juga mengakui pening dengan pelbagai versi cerita terutama berkaitan isu vaksin.

“Kita janganlah terlalu menghukum orang lain. Jika kita rasa benda itu tidak betul, jangan buat atau ikut, habis cerita.

“Saya pun sekarang sudah pening dengan macam-macam benda, komen sana sini. Itu tak betul, atas tak betul, semua tak betul. Sudah cukulah.

“Lebih baik kita berhenti daripada becakap mengenainya lagi. Perkara yang paling penting ketika ini ialah ambil vaksin segera dan doa banyak banyak kes positif semakin turun daripada bergaduh sesama sendiri,” katanya lagi.

Dalam hantaran lain, dia juga meminta orang ramai tidak terlalu memilih (demand) serta teruskan bertawakal.

“Apa yang tertulis untuk kita itu, maka itulah dia. Tawakal sahaja, tidak perlu memiluh , keadaan sudah kritikal.

“Biarlah kalau ada pihak nak memilih vaksin. Itu hak dan pilihan dia. Masing-masing sudah besar, pandai untuk buat keputusan,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Nora menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti UCSI pada 13 Julai lalu.

Terdahulu, nama Ifa Raziah menjadi perhatian umum sejak beberapa hari lalu selepas dia didakwa mengada-ngada untuk menukar vaksin jenis Sinovac kepada Pfizer BioNtech.

Menafikan dakwaan tersebut, Ifa memberitahu penukaran jenis vaksin dilakukan atas nasihat doktor kerana penyakit alahan yang dihidapinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI