fbpx

AmOnline guna penyelesaian CTOS eKYC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenaikan OPR buat kali ketiga tahun ini membimbangkan peminjam. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – AmBank telah melancarkan ciri yang dinaik taraf bagi aplikasi perbankan secara online, AmOnline, bagi membolehkan pelanggan membuka akaun bank dengan pantas daripada peranti mudah alih, CTOS eKYC (Elect­ro­nic Know-Your-​Customer).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AmBank, Datuk Iswaraan Suppiah berkata, melalui ­penyelesaian tersebut, pelanggan boleh membuka dan mengendalikan akaun bank, mendaftar untuk perbankan secara online dan mengakses pelbagai per­khidmatan perbankan daripada aplikasi itu.

“Aplikasi mudah alih AmOnline membolehkan pelanggan menguruskan pembayaran, menyimpan, melabur, me­minjam, menginsurans dan mengakses pelbagai per­khidmatan kewangan seperti memohon kad kredit baharu dan ­menyekat penggunaan kad yang hilang dengan begitu mudah.

“Pandemik yang berlaku masa ini menyerlahkan betapa setiap keperluan perbankan boleh dilaksanakan secara online dan tanpa sentuhan.

“Kini, pelanggan baharu boleh mengorak langkah memulakan urusan perbankan mereka dengan AmBank, hanya­ dengan memuat turun aplikasi berkenaan tanpa perlu datang ke cawangan bank,” katanya dalam kenyataan yang dikeluar­kan baru-baru ini.

ERIC CHIN

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Eric Chin menerangkan, CTOS eKYC menawarkan penyelesaian yang boleh disesuaikan menurut keperluan, boleh diakses oleh pelbagai perniagaan, menggunakan platform mudah alih atau platform berasaskan web.

Aplikasi AmOnline menawarkan panduan in-app langkah demi langkah untuk melakukan eKYC kendiri de­ngan mengimbas MyKad dan mengambil swafoto (selfie) untuk pengecaman wajah dengan teknologi CTOS.

CTOS eKYC telah menarik minat daripada sektor kewa­ngan tradisional kerana beberapa bank dan juga perniagaan yang bukan bercorak perbankan telah menyempurnakan integrasi penyelesaian sejak pelancarannya tahun lalu.

“Penerimagunaan CTOS eKYC dalam persekitaran perbankan secara berterusan untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang mulus akan memperkukuh lagi pe­ranan utamanya dalam bidang teknologi kewangan,” ujarnya.

Sehingga kini, terdapat le­bih 20 syarikat menggunakan CTOS eKYC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI