fbpx

Nasi minyak Dayang dah dekat? Bersayang-sayang dalam IG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERSAYANG-SAYANG dalam Instagram, perkongsian Dayang Nurfaizah undang persoalaan.

PETALING JAYA – Penyanyi bersuara lunak, Dayang Nurfaizah sebenarnya jarang berkongsi hal peribadi terutama perkara berkaitan cinta sama ada dalam media sosial mahupun wawancara bersama media.

Jadi, apabila pelantun lagu Di Pintu Syurga itu berkongsi satu hantaran tangkap layar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tertulis ‘Sayang apa khabar?’, situasi tersebut mudah menuai perhatian dan perdebatan hebat dalam kalangan peminat, adakah Dayang sedang memberi bayangan dirinya sedang dilamun cinta.

Tindakan Dayang memuat naik hantaran itu turut membuatkan peminat tertanya-tanya memandangkan dia sangat dikenali sebagai seorang yang sangat privasi.

Lucunya, ada juga yang berpendapat terdapat ‘typo’ (salah ejaan) atau apa yang dikongsikan sekadar sekadar gimik single berikutnya.

Jika benar sedang bercinta, siapa lelaki bertuah yang berjaya memenangi hati pemilik nama lengkap Dayang Nurfaizah Awang Dowty itu? Sebelum ini, penyanyi berusia 40 tahun itu pernah digosipkan bercinta dengan Anuar Zain dan regu duetnya, Hael Husaini.

“Sampai masa saya kongsi pada semua,” kata Dayang ringkas.

Ada dalam kalangan netizen berpendapat, apa yang dikongsi itu barangkali ‘typo’ daripada kenalan rapat dalam telefonnya.

“Typo kot patutnya ‘D’ bukan ‘S’,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen tangkap layar yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Pernah dijangka akan mengikat tali pertunang dengan Hael, peminat juga beberanggapan mungkin sudah tiba waktu Dayang berkongsi khabar gembira dan mendoakan dirinya benar-benar bakal menamatkan zaman bujang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI