fbpx

Ketiadaan pakar fisioterapi sukarkan Wee Wern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE WERN berdepan tugas sukar menjelang aksi pusingan pertama Kejohanan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat awal pagi esok.

PEMAIN skuasy wanita No. 1 negara, Low Wee Wern tanpa berselindung mengakui, dia mungkin berdepan tugas sukar menjelang aksi pusingan pertama Kejohanan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat awal pagi esok.

Meskipun gembira dapat kembali beraksi di pentas kompetitif, namun Wee Wern yang juga pemain No. 24 dunia berkata, dia masih belum mampu untuk menyesuaikan diri sepenuhnya selepas hampir dua tahun berehat.

Walaupun berjaya melangkah ke suku akhir pada kejohanan Squash on Fire di Washington dua minggu lalu, Wee Wern menjelaskan, dia masih memerlukan masa untuk kembali ke prestasi terbaik.

Selain itu, ketiadaan pakar fisio­terapi pada kejohanan dunia kali ini sedikit sebanyak memberikan masalah buat dirinya kerana perlu bermain lebih berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

“Saya gembira untuk berada di sini kerana sekurang-kurangnya saya dapat kembali bermain secara kompetitif memandangkan sudah lama berehat daripada kejohanan antarabangsa gara-gara Covid-19.

“Bagaimanapun, sedikit sukar kerana pakar fisioterapi saya tidak ada bersama. Oleh itu, saya perlu lebih berjaga-jaga bagi memastikan fizikal berada dalam keadaan terbaik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas aksi pusingan pertama menentang pemain Switzerland, Nadia Pfister, pemain negara berusia 31 tahun itu berharap dia boleh memulakan kempen kali ini dengan keputusan positif.

“Saya tidak pernah bertemu dengannya dalam mana-mana kejohanan sebelum ini, jadi mungkin perlu sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan permainannya pada perlawanan itu nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI