fbpx

‘Jangan kenakan komisen melampau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP sedang mencari jalan penyelesaian berhubung komisen tinggi dikenakan pengendali aplikasi penghantaran makanan kepada peniaga. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengendali aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan tidak sepatutnya mengenakan komisen yang terlalu tinggi kepada golo­ngan peniaga berikutan jumlah pengguna aplikasi tersebut sa­ngat ramai.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri A­lexander Nanta Linggi berkata, pengendali aplikasi masih boleh mengaut keuntungan walaupun dengan komisen yang tidak terlalu tinggi.

Menurutnya, kementerian masih dalam proses meneliti nilai komisen yang dikenakan setiap pengendali sebelum satu penyelesaian diambil.

“Perkara ini bagaimanapun masih dalam kajian. Kita dalam proses siasatan dan memahami situasi bagi mencari penyele­saian untuk semua pihak terlibat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Kosmo! pada 17 Jun lalu me­laporkan tentang rayuan peniaga serta pemilik restoran yang memohon agar pengendali aplikasi penghantaran makanan untuk mengurangkan kadar komisen yang dianggap tinggi.

Berita berkaitan: Pelanggan terus tanggung beban

Peniaga dan pemilik restoran mendakwa mereka perlu membayar komisen kepada pe­ngendali aplikasi itu sehingga 30 peratus daripada harga setiap item makanan atau minuman yang ditempah para pelanggan.

Akibatnya pengguna yang menjadi mangsa kerana terpaksa membayar pada harga yang lebih mahal selain menanggung kos penghantaran mengikut jarak lokasi.

Mengulas lanjut, A­lexander memberitahu, KPDNHEP mene­rima banyak aduan daripada orang ramai berhubung caj perkhidmatan aplikasi penghantaran makanan yang mahal.

Berita berkaitan: Caj cecah 30 peratus membebankan

Jelas beliau, pengguna terpaksa membayar lebih, namun ia tidak memberi manfaat besar kepada peniaga kerana golo­ngan itu dikenakan komisen yang tinggi oleh pengendali aplikasi berkenaan.

Justeru, katanya, KPDNHEP sedang meneliti isu tersebut secara mendalam bagi mendapatkan penyelesaian yang tidak akan menjejaskan mana-mana pihak.

“Kita harap dapat idea terbaik dan situasi menang-menang.

“Pengguna, peniaga, pengendali aplikasi dan juga penghantar, kerana ia melibatkan mata pencarian ramai pihak,” ujar ­Alexander.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI