KUALA PILAH – Selepas dua jam bertarung nyawa, seorang penunggang motosikal akhirnya menemui ajal setelah terbabit dalam kemalangan di kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin, di sini semalam.
Muhammad Afiq Affandi Mohd Faizal, 21, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah pada pukul 12.04 tengah malam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah ke Air Mawang.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan dan telah terjatuh di atas jalan pada pukul 10 malam. Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia susulan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan semasa menerima rawatan di wad kecemasan hospital.
“Mayat mangsa di bawa ke bahagian Forensik HTAN bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929