fbpx

Padah usung keranda Geng O4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan sekumpulan individu mengusung keranda tertera lambang Geng 04 di Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.

MELAKA – Seramai 11 individu disyaki ahli kongsi gelap Geng 04 ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakan mengunsung keranda di sebuah taman di Durian Tunggal, Alor Gajah.

Kesemua lelaki berusia 24 hingga 42 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini dalam Op Cantas Khas bermula 8 Julai sehingga semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan yang diterima pada 7 Julai lalu mengenai klip video berdurasi 20 saat yang tular memaparkan sekumpulan lelaki mengunsung keranda tertera lambang Geng 04.

“Hasil siasatan awal, klip video dirakam di sebuah rumah di Durian Tunggal dan acara tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan kepada seorang lelaki yang maut akibat kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin Bukit Lintang pada 6 Julai lalu.

“Berikutan itu Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka telah melakukan beberapa siri tangkapan bagi membantu siasatan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini seorang suspek telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,500 manakala bakinya masih disiasat.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua suspek yang disyaki ahli kongsi gelap Geng 04 itu berjaya dikesan menerusi pakaian dipakai mereka ketika upacara mengunsung keranda berkenaan.

“Sebuah telefon bimbit turut dirampas dipercayai digunakan untuk merakamkan kejadian tersebut.

“Kini kita masih mengesan dua individu lain yang masih bebas bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya.

Katanya, suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 50(3) dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI