fbpx

Melayang RM16,000 dikompaun main judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang diberkas ketika leka main judi di sebuah rumah di Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor, malam semalam. - Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU – Empat lelaki tempatan rugi RM16,000 apabila dikompaun polis ketika sedang leka bermain judi ‘Pok Deng’ bersama 12 warganegara Vietnam di sebuah rumah di Taman Sentosa, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, kesemua suspek sedang leka berjudi dan berhibur dengan alunan muzik yang kuat sambil minum minuman keras.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 56 tahun ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 termasuklah gagal melakukan penjarakkan fizikal.

“Mereka yang ditahan itu terdiri daripada empat lelaki tempatan bersama lima lelaki dan tujuh wanita warganegara Vietnam. Hasil pemeriksaan lanjut turut menjumpai peralatan perjudian jenis Pok Deng.

“Keempat-empat suspek tempatan itu dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakkan fizikal di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas satu set daun terup, tikar, dua unit speaker, sebuah lampu LED berwarna-warni, sebuah amplifier, pendrive dan wang tunai RM6,435.

Mohd. Padzli berkata, empat suspek tempatan direman selama dua hari bermula yang berakhir esok manakala 12 suspek warga asing ditahan reman selama dua minggu sehingga 27 Julai ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1953/69. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI