fbpx

Ditahan sebelum sempat terima upah lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsudin (kiri) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas di SJR Jerai, Kupang, tengah malam tadi.

BALING – Hasrat dua lelaki untuk mendapatkan upah lumayan tidak kesampaian apabila ditahan polis kerana cuba menyeludup 3,700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM50,000 ke Kelantan di sini hari ini.

Pemandu lori berusia 37 tahun dan penumpang berusia 20 tahun ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Jerai, Kupang di sini kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, ketika ditahan lori jenis Hino itu dalam perjalanan dari Kupang menghala Gerik, Perak.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut memuatkan 370 karung guni plastik mengandungi daun ketum.

“Kita percaya daun ketum ini mahu diseludup ke Kelantan dengan upah yang diambil sebanyak RM5,000 sebelum bertolak dan baki RM5,000 lagi akan diterima apabila sampai ke destinasi dituju,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI