fbpx

Gelandangan terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Norashikin Wan Nordin (kanan) meninjau pemberian vaksin Covid-19 kepada seorang gelandangan Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara di Wisma Persatuan Bulan Sabit Merah, Ipoh hari ini.-Foto: ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Perak memulakan program vaksinasi Covid-19 kepada gelandangan apabila 11 orang penghuni Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara Kinta diberi suntikan hari ini.

Kesemuanya menerima secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Seorang penerima yang mahu dikenali sebagai Jaafar, 71, berkata, dia sangat lega kerana sudah menerima suntikan vaksin dos pertama dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sanggup membantu gelandangan.

“Kepada kawan-kawan yang tidak menerima suntikan ini lagi, jangan takut, rasa macam kena gigit semut sahaja.” katanya.

Seorang lagi gelandangan, Muhammad Ali Abdullah, 55, berkata, dia amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dengan memberikan vaksin bagi mengelak penularan wabak ini.

“Suntikan pada hari ini memang terbaik dan orang ramai tidak perlu takut kerana tidak ada kesan sampingan yang membahayakan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Perak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, vaksinasi itu dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

“Mereka bersetuju menerima suntikan selepas kempen kesedaran mengenai Covid-19 dilakukan.

“Walaupun gelandangan tapi mereka tahu tentang kewujudan virus ini cuma tidak tahu tentang kepentingan vaksin,” katanya.

Mereka yang menerima suntikan pada hari ini dalam lingkungan usia 47 sehingga 89 tahun iaitu 10 orang lelaki dan seorang wanita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI