LIPIS – Dalam usaha menghebahkan maklumat mengenai ancaman pandemik Covid-19, Jabatan Penerengan Daerah Lipis mempunyai pendekatan tersendiri apabila melakukan hebahan menggunakan dialek atau loghat penduduk daerah Lipis.
Penggunaan loghat ‘Lepeh’ itu yang menarik minat penduduk di sekitar daerah itu dilihat mampu menyampaikan maklumat yang jelas dan difahami penduduk.
Dimulakan dengan sebutan salam oleh petugas wanita dengan sebutan ‘Lepeh’ yang intonasinya agak panjang kemudiannya disambung pula oleh petugas lelaki yang bercakap menerusipembesar suara dari kenderaan pacuan empat roda jabatan tersebut.
Antara sebutan petugas lelaki itu ialah mengajak semua penduduk dengan berkata ‘Moh la kite beringat belake, Covid-19 hari ni masih ada lagi wee!.
Ada beberapa perkataan yang disebut ‘mengkala’ (manakala), ‘wooo’ (seruan tanda ramai), ‘tekde’ (tidak ada).
Antara sebutan yang menarik menerusi pautan video ini ialah ‘Kalau tekde urusan penteng, tak payahlah kelua ke hulu ke hilir, perentan-perentan (waktu-waktu) ni hah duduklah di rumah,”.
Bagi mereka yang pertama kali mendengar hebahan ini mungkin agak sukar untuk memahami dialek ‘Lepih’ berbanding penduduk di sini yang sudah pun hadam dengan bahasa
berkenaan.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929