PASIR MAS – Polis menahan dua lelaki selepas mereka dipercayai membawa pelbagai barangan runcit yang diseludup dari negara jiran ketika menaiki sebuah kereta di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas di sini semalam.
Lelaki berusia 32 dan 31 tahun itu dicekup oleh anggota dari Balai Polis Rantau Panjang yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu pada pukul 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, sewaktu menjalankan rondaan, anggota polis telah melihat dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, polis telah bertindak menahan kereta tersebut sebelum mendapati mereka membawa pelbagai barangan runcit di dalam kereta tersebut.
“Antara barangan runcit yang ditemui adalah lobak masin dalam tin, mi segera, gula melaka dan banyak lagi.
“Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barangan tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929