fbpx

Bot berlanggar rupanya terlibat pengedaran syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengesan (dari kanan) Mohd Azha dan Muhammad Azim.

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang sebelum ini dikhuatiri lemas dalam kejadian dua bot bertembung di Sungai Muda, Penaga, Kepala Batas dekat sini baru-baru ini.

Lelaki dikenali Muhammad Azim Zahari, 19, itu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengedaran dadah syabu selepas dia tidak ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan.

Seorang lagi yang dikehendaki adalah Mohd. Azha Tajuddin, 32.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kejadian itu membabitkan bot nelayan dinaiki seorang tekong dan empat awak-awak yang baru pulang dari laut dan sebuah bot dinaiki suspek seramai tiga orang sebelum dua daripada mereka terjatuh ke dalam sungai.

Menurutnya, seorang lelaki berjaya diselamatkan, manakala Muhammad Azim dikhuatiri lemas.

“SAR oleh pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung selama tiga hari pada Selasa dan Khamis lalu tidak menemui mangsa di dalam sungai.

“Berikutan kejadian itu, polis menerima maklumat berkaitan pengedaran dadah syabu dan menangkap lelaki berusia 38 tahun di Hospital Kepala Batas serta merampas 60 kilogram syabu bernilai RM2.16 juta.

“Seterusnya pada Sabtu lalu, seorang lagi suspek berusia 42 tahun ditahan di Kepala Batas, Seberang Perai,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI