fbpx

Tipu disamun gara-gara tak mahu bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Gara-gara tidak mahu memulangkan RM60,000 yang dipinjam daripada rakannya, seorang pengusaha restoran membuat laporan palsu kononnya disamun ketika berjalan kaki di Jalan Pahlawan 1, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, lelaki itu dicekup polis setelah tembelangnya terbongkar hasil siasatan lanjut yang dijalankan.

Katanya, siasatan secara menyeluruh mendapati kejadian samun oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di jalan tersebut tidak berlaku sekali gus membongkar penipuan pengusaha restoran tersebut.

Jelasnya, pengusaha restoran tersebut yang berusia 23 tahun pada mulanya membuat laporan pada pukul 12.15 tengah hari.

“Semasa kejadian itu, pengusaha restoran tersebut memberitahu seorang suspek mengacukan pisau di leher pengadu sebelum mengambil wang tunai dan barang-barang berharga milik pengusaha restoran tersebut.

“Akibat kejadian itu dia kerugian RM60,000 iaitu wang milik syarikat dan beberapa barang peribadi yang berharga termasuk satu beg jenama LV warna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI