fbpx

Durian semurah RM5 sekilogram di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Penduduk Terengganu dijangka akan menikmati durian dengan harga lebih murah berikutan ketibaan musim raja buah berkenaan di negeri ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, pihaknya menganggarkan pengeluaran 7,080 tan metrik durian daripada pengusaha negeri ini sehingga bulan September depan.

“Kami menjangkakan pengguna di negeri ini akan dapat menikmati durian pada harga lebih mampu milik antara RM5 hingga RM8 sekilogram berikutan lambakan pengeluaran tempatan bermula hujung bulan ini atau awal bulan depan.

“Setakat ini, harga borong durian di ladang sekitar RM4 hingga RM5 sekilogram dan diramal akan terus menurun sehingga RM3 sekilogram tidak lama lagi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sayur dan buah di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) UiTM Chendering di sini hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI