fbpx

Pekebun tidak dibenarkan memasuki Hutan Simpan Batu Talam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 15,000 pokok durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam telah dimusnahkan dalam Operasi Pamah di Raub.

RAUB – Pekebun durian musang king tidak dibenarkan memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam bagi mengambil barangan milik mereka buat masa ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yassin berkata, kebenaran untuk memasuki kawasan hutan simpan berkenaan tidak dapat diberikan memandangkan siasatan masih dilakukan.

“Setelah mendapat nasihat serta pandangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Timbalan Pendakwa Raya, JPNP tidak membenarkan pekebun untuk memasuki HSK Batu Talam untuk mengambil barang milik mereka.

“Ini kerana tindakan tersebut boleh mengganggu siasatan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendakwaan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Hizamri, JPNP telah meneliti laporan akhbar mengenai permohonan yang disampaikan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkaitan hasrat pekebun yang ingin memasuki ke kawasan operasi bagi tujuan mendapatkan semula barang milik mereka yang tertinggal di dalam kawasan HSK Batu Talam.

Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang berkunjung ke pejabatnya meminta agar pekebun haram terbabit dibenarkan memasuki kawasan operasi untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal.

Sehubungan Wan Rosdy berkata, beliau meminta Sin Woon mendapatkan sendiri kebenaran daripada pihak JPNP yang sedang giat melakukan penanaman pokok hutan di kawasan berkenaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI