fbpx

Lelaki parah ditanduk lembu sado

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang ditanduk lembu sado di Bukit Tembaga semalam.

ALOR SETAR – Seorang lelaki cedera pada perut akibat ditanduk seekor lembu sado seberat lebih satu tan di ladang ternakan lembu di Kampung Chakadong, Bukit Tembaga di sini semalam.

Mangsa berusia 50 tahun dikatakan mengalami kecederaan parah pada perut dengan sebahagian ususnya terkeluar.

Lelaki itu dikatakan ditanduk ketika membantu pemilik ladang ternakan untuk merawat lembu sado baka ‘blonde’ berusia lebih dua tahun itu.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tiada laporan berhubung kejadian diterima setakat ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI