fbpx

TMJ mahu lebih banyak PPV, pegawai perubatan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail (depan tengah) melihat bekalan vaksin Pfizer yang akan dihantar ke PPV di negeri ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditambah lagi bagi meliputi seluruh daerah di negeri ini dalam usaha mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat Johor.

Baginda turut bertitah agar bilangan pegawai perubatan juga patut ditambah agar program vaksinasi di semua daerah di negeri ini diberi keutamaan supaya imuniti kelompok boleh dicapai secepat mungkin.

“Baginda telah melawat PPV di Hospital Permai, Johor Bahru hari ini untuk memeriksa proses pengedaran vaksin Covid-19 ke PPV di Johor dan menitahkan agar program vaksinasi di semua daerah di Johor diberi keutamaan supaya imuniti kelompok boleh dicapai secepat mungkin.

“Pada masa yang sama, baginda telah menasihati agar proses logistik pengedaran vaksin ke PPV dipercepatkan dan supaya bekalan vaksin di PPV sentiasa mencukupi,” kata baginda dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Dalam masa sama, baginda turut sempat menyaksikan penerimaan bekalan vaksin Pfizer yang akan diedarkan ke PPV di negeri ini dalam masa terdekat.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI