fbpx

Kes jangkitan Covid-19 di Wilayah Persekutuan masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLAT Sri Sabah di Kuala Lumpur antara kawasan perumahan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 3 Julai lalu. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tiada trend luar biasa jangkitan Covid-19 dikesan di Wilayah Persekutuan ketika ini dan keadaan adalah terkawal.

Perkara itu disahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Annuar menjelaskan, majoriti kes yang dikenal pasti adalah daripada saringan yang dibuat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar iaitu 18.5 peratus yang secara umumnya telah mula bertambah baik.

Menurutnya, sebahagian lagi adalah daripada kes kontak rapat positif iaitu 52 peratus yang disumbang oleh pesakit gagal mematuhi peraturan kuarantin dalam rumah sendiri.

“Manakala 24 peratus lagi adalah kes sporadik dalam kalangan komuniti. Berdasarkan 1,598 kes yang direkodkan semalam, 1,417 individu dijangkiti adalah warganegara dan 181 bukan warganegara,” katanya.

Katanya, saringan di kawasan PKPD menyumbang kepada 300 kes positif di mana lebih separuh adalah jangkitan daripada kontak rapat yang kebanyakannya dalam isi rumah.

Sementara itu, Annuar berkata, majikan dan warga Kuala Lumpur hendaklah menyegerakan proses penvaksinasian selaras dengan dasar dan matlamat mencapai 80 peratus menjelang bulan Ogos bagi Kuala Lumpur.

“Secara keseluruhannya keadaan di Wilayah Persekutuan adalah terkawal dan dijangkakan kes akan menurun pada minggu hadapan hingga akhir bulan Julai dengan pencapaian peratusan suntikan vaksin yang tinggi di Wilayah Persekutuan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI