fbpx

Pekerja kasino rugi RM13,350 ditipu kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pekerja kasino terpaksa menanggung kerugian sehingga RM13,350 selepas diperdaya dengan tawaran kerja sambilan yang diiklankan di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 23 tahun dari Bentong melihat iklan tawaran kerja sebagai ejen perniagaan dalam talian pada 4 Julai lalu.

“Mangsa telah menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan berkenaan melalui WhatsApp dan bersetuju untuk menjadi ejen dengan menjalankan kerja mengikut tugasan diberikan serta akan menerima komisyen sebanyak lima peratus.

“Mangsa kemudian diminta untuk membuat pembayaran dengan pelbagai alasan dan telah melakukan enam transaksi pembayaran kepada empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM13,350,”katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada rakannya sebelum membuat laporan polisdan kes masih disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI