fbpx

Petugas KKM kena Covid-19 tahap satu, dua sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Sumber Facebook KKM.

PETALING JAYA- Tiada mana-mana kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19 tahap lima selepas menerima dua dos vaksin sebagai petugas barisan hadapan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti pesakit merupakan kategori satu dan dua sahaja.

“Bagi kategori tiga dan empat pula, masing-masing tiga orang sahaja dan tiada kes tahap lima,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter miliknya semalam.

Tangkap layar ciapan Noor Hisham di Twitter semalam

Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 2,779 kakitangan KKM telah disahkan positif Covid-19 meskipun telah lengkap menerima dua dos vaksin mereka baru-baru ini

“Mereka yang bergejala ringan boleh diasingkan di rumah sekaligus mengurangkan kemasukan ke hospital,”jelasnya.

Setakat ini, ciapan itu mendapat lebih 10, 000 tanda kesukaan selain 103 maklum balas daripada pengguna Twitter.

Bagi @GaryM, dia turut menanyakan kepada Dr. Noor Hisham adakah Malaysia mampu untuk menstabilkan jangkitan Covid-19 dalam masa dua minggu seperti yang dikatakan beliau dalam sidang akhbar baru-baru ini.

“Doktor, baru-baru ini ada mengatakan kes Covid-19 akan stabil dalam masa dua minggu, ada kita mampu? Sekarang semua berbeza, kes semakin meningkat,” soalnya.

Pertanyaan lelaki terbabit turut dijawab Dr. Hisham dengan menjelaskan hasrat itu boleh dicapai sekiranya program vaksinasi di Kuala Lumpur dan Selangor terus dipergiatkan.

“Ia mustahil (menurunkan kes) jika kita teruskan momentum untuk memberi vaksin kepada 450,000 orang sehari dalam tempoh dua minggu di Kuala Lumpur dan Selangor,” balasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI