fbpx

Gencatan politik buat sementara waktu – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail memberi pandangan dan nasihat supaya ahli politik melakukan gencatan politik buat sementara waktu.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kata nasihat kepada semua ahli politik khususnya di negeri Johor supaya memberi keutamaan terhadap krisis kesihatan dan ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan.

Tunku Ismail berkata, ahli politik harus mengenepikan perbezaan politik dan perlukan melakukan gencatan politik buat sementara waktu.

“Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana.

“Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan, sekarang bukan masa untuk berpolitik,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Tunku Ismail turut bertitah agar semua ahli politik memberi tumpuan kepada melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini.

“Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan genjatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat.

“Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat,” tegas baginda.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh dilaporkan berkata, empat ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor sedia menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor jika UMNO masih mendesak untuk menukar kerajaan di peringkat Persekutuan.

Jika situasi tersebut berlaku, kerajaan PN Johor dijangka tumbang kerana ketika ini, Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mempunyai 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI