fbpx

Mekanik cipta bugi enjin motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD SODRI bersama bugi ciptaannya di Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor, Seberang Perai baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Kreativiti seorang anak tempatan dalam menghasilkan kereta golf atau bugi (buggy) yang unik mendapat perhatian ramai apabila kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.

Pemilik bugi itu, Muhamad Sodri Zubir, 47, berkata, projek itu sebenarnya telah dimulakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, namun berjaya disiapkan sepenuhnya beberapa hari lalu.

“Niat nak buat tu memang sudah lama, cuma selalu tiada masa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di bengkel motosikal miliknya di Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor di sini baru-baru ini.

Menurut Muhamad Sodri atau lebih dikenali sebagai Mat Sod, antara keunikan bugi itu ialah menggunakan enjin motosikal jenis Modenas GT128 dan kerangka atau besi terpakai selain tayar traktor jenis ‘recond’ yang dibaik pulih dan dijual semula dari Jepun.

Katanya, penyerap hentakan atau absorber pula diambil daripada motosikal jenis Yamaha RXZ, manakala kebanyakan peralatan lain dalam bugi itu menggunakan bahan terpakai dengan anggaran kos melebihi RM3,000.

“Paling susah ialah semasa hendak buat gearbox (kotak gear). Dua kali buat baru betul-betul puas hati,” ujarnya.

Katanya yang berpengalaman sebagai mekanik motosikal selama lebih 20 tahun itu, dia telah menerima banyak permintaan untuk membeli bugi ber­kenaan, namun belum berhasrat untuk menjualnya setakat ini.

Rakan baiknya, Azman Ali, 48, pula kagum dengan usaha gigih dan kreativiti Muhamad Sodri dalam menghasilkan sebuah kenderaan yang unik meskipun hanya digunakan untuk me­ngangkut baja atau peralatan pertanian yang lain.

“Setakat ini, bugi itu tidak mempunyai masalah untuk me­ngangkut sehingga 20 beg baja seberat 20 kilogram (kg) setiap satu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI